Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,000 daripada seorang wanita warga Thailand tahun lalu.<br />Tertuduh, Ahmad Jefri Azizi Mohamad, 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.